Thursday, July 22, 2010

Berehat Sebentar...

Assalamualaikum dan Salam Cuti buat semua Viiinairats,

   Bermula pada hari Selasa (20 Julai 2010) yang lalu , ramai ahli Viiinairats telah pulang ke rumah masing-masing kerana pihak sekolah telah membenarkan pelajar STAR untuk pulang. Sebenarnya , STAR telah digunakan untuk Hari Kejohanan Hoki SBP(tak silap saya) dan hampir 20 buah sekolah SBP telah turun ke padang kami serta mereka juga menggunakan asrama kami sebagai tempat mereka melepas gian.

   Tetapi saya kesian akan Ketua Batch kami yang terpaksa tinggal di sekolah. Dan saya telah diberi tanggungjawab untuk menghias blog ini. Tak lama lagi , mungkin ahli-ahli yang lain boleh mengakses blog ini dengan kebenaran Amir-Hafiz.

   Kami mendapat cuti sehingga hari Ahad ini. Dari penglihatan saya , saya mendapati ramai yang berasa bosan berada di rumah. Seperti Fikri , dia mengaku sendiri bahawa dia amat bosan duduk di rumah. Saya juga! Dan sebenarnya saya baru pulang dari Ipoh Parade. Saya ke sana untuk membeli novel yang bertajuk 'FightBack' dan 'Nyanyi Sunyi'. Kesemuanya mencecah rm68.00. Memang mahal tapi ia telah menjadi hobi saya iaitu membaca novel.

   Saya yang berada di rumah ini berasa amat letih kerana saya telah banyak mengubahsuai gambar-gambar ahli Viiinairats untuk dimuatkan ke dalam slot-slot yang ada di blog ini. Selain itu , saya juga harus membuat persediaan untuk Ujian Selaras 2 yang akan datang tidak lama lagi.

   Kepada semua Viiinairats , saya harap agar anda sudah membuat persediaan untuk menghadapi peperangan hitam putih antara Viiinairats yang menggunakan alat tulis sebagai senjata manakala kertas peperiksaan yang menggunakan soalan sebagai senjata mereka. Saya harap agar keputusan Ujian Selaras 2 ini meningkat.

Sekian ,
Viiinairats Eyman

No comments:

Post a Comment