Wednesday, July 28, 2010

Siapakah Gerangannya?

Tanpa disedari , ada seorang makhluk yang berkemungkinan tidak berpuas hati akan keputusan BADAR ( Badan Ahli Dakwah dan Rohani ) yang telah mencalonkan beberapa ahli Viiinairats sebagai ahli BADAR. Lantas dengan perkara ini , 'makhluk' tersebut menconteng di bilik persidangan pengawas yang terletak di antara kelas 2A dan kelas 2T. Kesan conteng itu ada menyebut kata-kata kesat yang tidak perlu saya tulis di sini.

   Semalam , ketua batch kami telah mengadakan perjumpaan di kelas 2R untuk mencari siapakah yang telah menconteng di bilik persidangan pengawas itu. Sayang seribu kali sayang , tiada seorang pun yang mengaku akan perbuatan yang tidak bersivik itu.

   Kepada 'makhluk' yang telah melakukan perbuatan tidak bersivik itu , silalah mengaku kepada ketua batch akan ketidakpuashatian kamu terhadap BADAR. Kami tidak mahu akibat nila setitik , rosak susu sebelanga. Akibat perbuatan kamu , kami yang binasa. Jadi , tolonglah mengaku.

Sekian,
Viiinairats Eyman

Thursday, July 22, 2010

Berehat Sebentar...

Assalamualaikum dan Salam Cuti buat semua Viiinairats,

   Bermula pada hari Selasa (20 Julai 2010) yang lalu , ramai ahli Viiinairats telah pulang ke rumah masing-masing kerana pihak sekolah telah membenarkan pelajar STAR untuk pulang. Sebenarnya , STAR telah digunakan untuk Hari Kejohanan Hoki SBP(tak silap saya) dan hampir 20 buah sekolah SBP telah turun ke padang kami serta mereka juga menggunakan asrama kami sebagai tempat mereka melepas gian.

   Tetapi saya kesian akan Ketua Batch kami yang terpaksa tinggal di sekolah. Dan saya telah diberi tanggungjawab untuk menghias blog ini. Tak lama lagi , mungkin ahli-ahli yang lain boleh mengakses blog ini dengan kebenaran Amir-Hafiz.

   Kami mendapat cuti sehingga hari Ahad ini. Dari penglihatan saya , saya mendapati ramai yang berasa bosan berada di rumah. Seperti Fikri , dia mengaku sendiri bahawa dia amat bosan duduk di rumah. Saya juga! Dan sebenarnya saya baru pulang dari Ipoh Parade. Saya ke sana untuk membeli novel yang bertajuk 'FightBack' dan 'Nyanyi Sunyi'. Kesemuanya mencecah rm68.00. Memang mahal tapi ia telah menjadi hobi saya iaitu membaca novel.

   Saya yang berada di rumah ini berasa amat letih kerana saya telah banyak mengubahsuai gambar-gambar ahli Viiinairats untuk dimuatkan ke dalam slot-slot yang ada di blog ini. Selain itu , saya juga harus membuat persediaan untuk Ujian Selaras 2 yang akan datang tidak lama lagi.

   Kepada semua Viiinairats , saya harap agar anda sudah membuat persediaan untuk menghadapi peperangan hitam putih antara Viiinairats yang menggunakan alat tulis sebagai senjata manakala kertas peperiksaan yang menggunakan soalan sebagai senjata mereka. Saya harap agar keputusan Ujian Selaras 2 ini meningkat.

Sekian ,
Viiinairats Eyman

Pesanan Daripada Kami...

Kepada Khairul Asyraf ,

   Ini adalah pesanan daripada rakan Viiinairats. Pesanan ini khas buat kamu yang akan meninggalkan kami tanpa keceriaanmu nanti. Pesanan ini telah dicatat oleh wakil Viiinairats dan telah di-mesejkan kepada saya. Pesanan ini berbunyi :

Ezzat Akhbar : Acap , aku harap ko sentiasa bahagia...

Amin              : Acap , aku minta maaf kalo aku ade buat silap kat ko and aku akan sentiasa doakan ko...

Eyman           : Acap , sorry tau sbb aku tak sempat nk bagi ko main ngan phone aku. Aku cuma harap ko akan happy kat sane and ingat la kitorang yang sedih ni...Sorry eh??

Amjad            : Acap , always strive for your best!


Dinie              : Acap , jgn lupe kat ktorang and 'Once a Starian  Always A Starian'!

Aliff                : Acap , bongok la ko nk pegi pindah skola! By the way , BYE BYE!


Amirin            : Acap , walaupon ko jauh tp ko tetap di hati Viiinairats and 'Once a Starian Always a Starian'


   Inilah pesanan daripada rakan Viiinairats mu yang sempat dicatat oleh wakil Viiinairats itu. Pesanan yang lain akan dicatatkan tidak lama lagi.

Wednesday, July 21, 2010

Kau Pergi...

Walaupun engkau bukanlah temanku,
Walaupun engkau hanya berada dalam memoriku,
Tetapi...
Tanpamu jiwaku sepi,
Tanpamu kami lesu,
Lawak jenakamu menghiburkan kami,
Tapi apakan daya,
Engkau menyayanginya,
Engkau taat pada perintahnya,
Kini...
Engkau menjadi kenangan kami,
Akan kami kenang akan kau yang kami rindui,
Terima Kasih...
atas senyumanmu,
atas jenakamu...

Nukilan Eyman Asyraf


  Kami berasa amat sedih kerana tidak lama lagi , seorang daripada ahli Viiinairats akan pergi buat selamanya. Pergi meninggalkan kami dan meneruskan perjuangannya di negeri kelahirannya. Saya mengaku , saya hanyalah rakan kepadanya tetapi perasaan sedih itu menyelubungi diri saya. Mungkin kerana dia pernah menghiburkan saya. Mungkin juga. Siapa tahu?

  Saya masih ingat lagi sewaktu kami baru menjejakkan kaki ke STAR. Minggu pertama , saya , dia serta beberapa lagi rakan disatukan kepada sebuah kumpulan sewaktu Minggu Orientasi. Sewaktu acara 'Treasure Hunt' berlangsung , kami harus membuat satu bulatan daripada sehelai kertas A4. Bulatan itu harus memuatkan semua ahli kumpulan kami dan dia serta merta respon dan membuat bulatan daripada kertas itu. Dan kumpulan kami berjaya melepasi rintangan itu. Tetapi , mungkin tidak sengaja , kertas itu terkoyak sewaktu dalam genggaman saya. Saya pula disuruh untuk mencari kertas yang baru untuk membuat bulatan itu semula. Sewaktu mencari kertas A4 itu , dialah yang menenami saya dan pada waktu itu , saya mengenalinya dengan lebih mendalam.

  Tetapi sekarang , dia terpaksa melepaskan kami dan pergi meneruskan perjuangannya tanpa kami. Kami redha mungkin kerana sifat empati kami. Cuma kami berasa amat sedih. Tidak mengapa. Mungkin pemergiannya mempunyai hikmah disebaliknya. Inilah Qada' dan Qadar..

  Sebelum saya berundur , saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan semoga engkau gembira di tanah kelahiranmu. Saya berharap agar engkau akan berusaha untuk mencapai cita-citamu. Kami di STAR akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana. Selamat Tinggal , Khairul Asyraf...

Assalamualaikum,
Viiinairats Eyman.

Saturday, June 26, 2010

Selamat Datang Ke Viiinairats!

Assalamualaikum ,

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog Viiinairats atau Starian 53 yang baru sahaja dilancarkan pada hari Selasa yang bertarikh 20 Julai 2010.

Blog ini dikhaskan untuk semua penghuni Viiinairats samada untuk berkongsi pengalaman atau untuk meluahkan perasaan. Saya berharap agar blog ini akan menjadi ikutan ramai dan akan menjadi contoh kepada batch starian yang lain.

Viiinairats ini dipimpin oleh :

Saudara Amir-Hafiz Aiman bin Ahmad Omar sebagai Ketua Batch
Saudara Mohd Najmi bin Rashidi sebagai Penolong Ketua Batch
Saudara Mohd Ezzat Akhbar bin Mohd Sangit sebagai Setiausaha Batch
Saudara Rahimi Amirul Faiz bin Redzuan sebagai Bendahari Batch

Viiinairats ini terbahagi kepada 6 rumah sukan atau lebih popular lagi dikenali sebagai House. House terbahagi kepada 6 buah House iaitu bagi golongan NORTHERN dianggotai oleh House Green , House Blue dan House Black. Manakala Southern pula dianggotai oleh House Red , House White dan House Yellow.

Pada tahun 2010 , banyak perubahan berlaku dan perubahan itu berlaku secara positif. Kami amat mementingkan Akademik , Sahsiah , Keceriaan dan tidak lain tidak bukan , Kokurikulum kami. Viiinairats aktif dengan sukan Ragbi , Kriket dan juga Bola Sepak. Bagi kokurikulum secara indoor pula , kami aktif dalam pasukan Bahas Bahasa Melayu dan juga Bahas Bahasa Inggeris.

Sebelum saya berundur , saya berharap agar Viiinairats akan menjadi sebuah batch yang cemerlang dan dicontohi ramai. Majulah Viiinairats!

Sekian ,
Eyman Asyraf
Pengasas Blog Viiinairats